Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam & Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir mujahid dan mujahidah
MASIH ADAKAH ANAK-ANAK MUDA SEPERTI MEREKA INI LAGI..JIKA ADA..ALHAMDULILLAH.... MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama. ~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~ Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi ba...