Kalau Benar Cinta , Buktikan
Kebiasaannya, fitrah hamba Allah kalau seseorang
itu jatuh hati kepada seseorang ini dalam erti kata lain
CINTA sehabis upaya dan sedaya yang mampu seseorang
itu akan cari tahu siapakah seseorang ini
Mengapakah seseorang itu mampu jatuh hati pada
seseorang ini..?
Kenapa pada seseorang ini dan bukan pada seseorang
yang lain..?
Semakin seseorang itu mencari tahu siapakah
seseorang ini
Semakin bertambah cintanya terhadap seseorang ini
Kerana apa..?
Kerana seseorang itu semakin mengenali siapakah
seseorang ini
Semakin dicari tahu, semakin mendalam cintanya
terhadap seseorang ini
Kerana seseorang inilah seseorang itu mampu
terlihat kekurangan terhadap dirinya. Lantas bangkit memperbaharui nilai
hidupnya kerana seseorang inilah seseorang itu mampu mempelajari dan
melihat sesuatu yang baru yang tak pernah terlihat olehnya semalam. Kerana
seseorang inilah seseorang itu mampu membawa dirinya lebih baik dari yang
semalam
Seseorang itu sedar bukanlah kerana dengan
niat dia berubah semata-mata kerana seeorang ini
yang dicari redha dari Dia dan bukan pujian dari
manusia
Tetapi kerana nilai terhadap seseorang ini mampu
terbias pada seseorang itu walaupun tanpa
bersua muka jauh sekali kerana dipaksa atau terpaksa kerana
apa..?
Kerana seseorang ini ibarat cermin terhadap
seseorang itu, yakni cinta seseorang itu terhadap seseorang ini
bukanlah cinta yang membawa kepada kehancuran,
kerosakan mahupun kemaksiatan. Kini seseorang itu semakin terlihat jelas
matlamat hidupnya yang sebenar mencari redha Allah MARDHATILLAH
Seseorang itu semakin mengenali siapa Penciptanya.
Moga inilah cinta yang sebenar cinta yang membawa kepada redha, cinta dan
kasih Ilahi.
Jika benar kau mencintai sesuatu, ketahuilah
ia mampu mempengaruhi aku, kau dan kita tiada yang terkecuali
tetapi segalanya terletak atas pilihan aku, kau dan
kita sendiri pengaruh yang membawa ke syurga atau ke neraka
Cinta arus kebaikan yang membawa kepada gelora dan
ombak ketenangan. Cinta arus kemaksiatan yang membawa kepada badai kelalaian
dan kejahatan.
Itu cerita manusia terhadap manusia.
cerita sesama kita
Bagaimana cerita kita terhadap kekasih Dia..?
Semua orang mengaku mencintai baginda dan aku
adalah salah seorang daripadanya
Tapi aku macam cakap tak serupa bikin
kalau betul aku cinta dan sayang Rasulullah S.A.W
Sirah..?
Sunnah..?
Selawat..?
Malu je kalau orang tanya
Cakap meletop-letop
Buatnya setipis size anak ikan bilis pun agaknya
tak sampai
Pendek yang aku dapat simpulkan
Kalau benar mencintai sesuatu
Buktikan.
Kalau benar mencintai Rasulullah S.A.W
Buktikan.
Cinta tanpa bukti is nothing.
Ini fakta yang sangat diyakini
Semakin dikaji sirah Rasulullah S.A.W
Semakin dicari tahu siapakah di sebalik kekasih
Allah
Hati semakin lunak
Lidah semakin lembut
Mata semakin tajam
Perilaku semakin halus
Kerana apa..?
Kerana orang yang kita cintai itu adalah kekasih
Allah
Berselawatlah
Rasulullah tunggu.
Jika benar kau mencintai Rasulullah S.A.W
Auranya mampu mempengaruhimu
Tetapi segalanya terletak atas pilihanmu sendiri
Nak buat atau tak
Biaskan akhlak baginda pada akhlak kita
Di satu sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada
seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang
mendekatinya dia selalu berkata,
"Wahai saudaraku janganlah kamu dekati
Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila
kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap
pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah
kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu
walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama
Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke
saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi
orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Saidina Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau
bertanya kepada anaknya,
"Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku
kerjakan..?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya,
"Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli
sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali
satu sunnah saja."
"Apakah itu..?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke
hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang
berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan
membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi
pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si
pengemis itu marah sambil berteriak,
"Siapakah kamu..?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang
biasa."
"Bukan..! Engkau bukan orang yang biasa
mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah
tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa
mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya
makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya.
Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan
orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah
SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA,
dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian..? Selama ini
aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau
sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia
begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah
dihadapan Abu Bakar RA.
Nak mengamuk?
Ingat Rasulullah.
Rasulullah SAW tak pernah mengamuk.
Nak mencarut..?
Ingat Rasulullah.
Rasulullah SAW tak pernah mencarut.
Teringin nak berdendam.?
Ingat Rasulullah.
Rasulullah SAW tak pernah berdendam.
Nak mengata..?
Ingat Rasulullah.
Rasulullah SAW tak pernah mengata.
Dan macam-macam lagi. Contohi Rasulullah kalau
betul kita sayang baginda. Itu buktinya. Sekali lagi diingatkan. Cinta tanpa
bukti is nothing.
Takpe je. Start perlahan-perlahan.
Comments
Post a Comment