Wanita Ibarat Bintang
Kenapa tajuk saya macam tu ?
Okay , firstly , kalau awak baca ni malam-malam , cuba keluar sekejap , ada tak bintang , cantikkan ? Kalau takde , bukan rezeki awaklah nak tengok ciptaan Allah yang cantik tu . Segala pujian kembali kepada-Nya.
Bintang = Wanita ?
Bintang adalah satu ciptaan Allah yang cantik dan indah , terletak tinggi di atas angkasa.
Bagaimana dengan wanita ?
Wanita pula satu ciptaan Allah yang cantik indah dan mempunyai kedudukan yang tinggi kerana maruah yang tinggi.
Nampak tak persamaan tu ?
Nampakkan ?
Cuma wanita yang tinggi akhlaknya , tinggi maruahnya dan tinggi jatidirinya sahaja diibaratkan seperti bintang.
Bintang menyinari kehidupan manusia , kalau kita dekat padang pasirkan , SUBHANALLAH , sangat cantik pemandangan langit waktu itu .
Wanita , menyinari kehidupan di dunia . Ingat tak : Wanita adalah hiasan dunia ? See ? Wanita sangat penting dalam kehidupan . Tanpa wanita , tiadalah generasi . Betapa pentingnya wanita sebegitu penting dengan bintang.
Highlight saya di sini ialah , wanita yang disanjung mempunyai , akhlak yang unggul , sahsiah yang harmoni bukan wanita yang mendedahkan aurat sini sana . Bukan wanita yang bertepuk tampar dengan lelaki ajnabi . Bukan wanita yang berzina . Ingatlah ,
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Kenapa diri sering ditindas ? Kerana orang memandang rendah kepada kita
Oleh itu para muslimat , bangunlah , tegakkan syiar Islam . Tunjukkanlah Islam yang sebenar . Perbaiki akhlak kita bersama.
Wallahualam . :)
Sungguh bermotivasi k.nurin..sya sukalh..hrp dpt baca bnyk lgi^^,
ReplyDelete