Wanita Ibarat Bintang
Kenapa tajuk saya macam tu ? Okay , firstly , kalau awak baca ni malam-malam , cuba keluar sekejap , ada tak bintang , cantikkan ? Kalau takde , bukan rezeki awaklah nak tengok ciptaan Allah yang cantik tu . Segala pujian kembali kepada-Nya. Bintang = Wanita ? Bintang adalah satu ciptaan Allah yang cantik dan indah , terletak tinggi di atas angkasa. Bagaimana dengan wanita ? Wanita pula satu ciptaan Allah yang cantik indah dan mempunyai kedudukan yang tinggi kerana maruah yang tinggi. Nampak tak persamaan tu ? Nampakkan ? Cuma wanita yang tinggi akhlaknya , tinggi maruahnya dan tinggi jatidirinya sahaja diibaratkan seperti bintang. Bintang menyinari kehidupan manusia , kalau kita dekat padang pasirkan , SUBHANALLAH , sangat cantik pemandangan langit waktu itu . Wanita , menyinari kehidupan di dunia . Ingat tak : Wanita adalah hiasan dunia ? See ? Wanita sangat penting dalam kehidupan . Tanpa wanita , tiadalah generasi . Betapa pentingnya wani...